Kategori Projek KIK

  • Kategori Proses +

    Kategori Pengurusan adalah projek berkaitan dengan hal-hal pengurusan pentadbiran dan operasi dalam sesuatu organisasi. Skop utama projek pengurusan merangkumi penyediaan dan pelaksanaan proses kerja baru atau penambahbaikan proses kerja sedia ada melalui kaedah tertentu seperti perekayasaan (business process reengineering). Contoh projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem kerja lama kepada sistem kerja baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan universiti serta faedah-faedah lain kepada organisasi.
  • Kategori Teknikal +

    Kategori Teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru. Inovasi yang dihasilkan perlu ditunjukkan melalui prototype dengan mempuyai elemen-elemen seperti ergonomic, keselamatan dan durability.
  • Kategori ICT +

    Kategori ICT memfokuskan kepada inovasi yang dihasilkan berasaskan teknologi maklumat merangkumi bidang tertentu antaranya pembangunan sistem atau perisian komputer, sistem rangkaian (network) dan keselamatan ICT. Skop projek boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu pembangunan produk baru (new development) atau penambahbaikan (upgrade) kepada produk sedia ada. Projek tersebut boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu secara internal (in-sourcing), bersama (joint venture/hybrid) dan ‘out-sourcing’. Inovasi yang dihasilkan memberi impak secara langsung kepada organisasi dengan mengambilkira aspek manusia, proses dan teknologi.
  • Kategori Pengajaran & Pembelajaran +

    Kategori Pengajaran & Pembelajaran melibatkan skop projek yang menekankan kepada pembangunan kaedah pengajaran, pembelajaran dan penilaian dalam sistem pendidikan universiti. Cadangan penyelesian masalah meliputi mekanisma seperti kaedah, pendekatan, teknik dan strategi yang diguna pakai dalam proses pengajaran & pembelajaran yang efektif dan berkesan. Inovasi yang dihasilkan haruslah memberi impak secara langsung kepada pelajar dan pensyarah dalam aspek kualiti sejajar dengan hala tuju universiti dalam melahirkan graduan dinamik yang akan menempatkan UiTM setaraf dengan universiti tersohor.
  • 1