Syarat Penyertaan & Pertandingan

Secara umumnya, syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

Penyertaan

  • Penyertaan adalah terbuka kepada kumpulan KIK dari semua PTJ bagi Zon Tengah berikut:
    • UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Sungai Buloh, dan UiTM Kampus Selayang dan UiTM Kampus Seksyen 17;
  • Projek kumpulan KIK hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan di peringkat PTJ masing-masing;
  • Projek KIK hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh kumpulan KIK di mana-mana konvensyen/pertandingan pada tahun-tahun sebelumnya;
  • Setiap PTJ dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan kumpulan KIK terbaik yang telah dipilih melalui Mini Konvensyen KIK peringkat jabatan masing-masing ; dan
  • Setiap kumpulan KIK hendaklah diwakili oleh sekurang-kurangnya lima (5) hingga maksimum sepuluh (10) ahli sahaja (tidak termasuk fasilitator).

Pendaftaran

  • Pendaftaran kumpulan KIK ke Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah 2014 hendaklah melalui Borang Pendaftaran Atas Talian. Pendaftaran dibuka pada 25 Ogos 2014 dan tarikh tutup pendaftaran ialah selewat-lewatnya pada 5 September 2014;
  • Kumpulan KIK hendaklah memuatnaik (upload) gambar kumpulan KIK (fasilitator dan semua ahli) dan logo KIK bagi tujuan penerbitan buku program dan persembahan multimedia semasa Pendaftaran Atas Talian;
  • Kumpulan KIK yang berjaya dicalonkan perlu memuatnaik (upload) Format PDF Laporan Projek KIK secara atas talian selewat-lewatnya pada 19 September 2014;
  • Sila rujuk Garis Panduan Penyediaan Laporan Projek KIK untuk maklumat lanjut.

Persembahan

  • Sebagai dokumen rujukan Panel Penilai pada hari Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah berlangsung, kumpulan KIK perlu menyediakan empat (4) salinan Ringkasan Projek dan empat (4) salinan Slaid Power Point untuk persembahan (dicetak tidak melebihi dua (2) slaid dalam satu muka surat yang sama). Dokumen tersebut perlu dibawa dan diserahkan kepada Panel Penilai sebelum kumpulan KIK membuat persembahan;
  • Penggunaan komputer adalah diwajibkan;
  • Masa persembahan projek kumpulan KIK adalah dihadkan kepada 20 minit sahaja (tidak termasuk 5 minit untuk persediaan/montaj dan 5 minit untuk sesi soal jawab);
  • Sila rujuk Garis Panduan Persembahan Projek KIK untuk maklumat lanjut.

Terma & Syarat

  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan dari mana-mana kumpulan KIK yang gagal mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan KIK bagi menyertai Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah 2014 oleh penganjur adalah MUKTAMAD;
  • Keputusan Jemaah Panel Penilai Konvensyen terhadap penilaian projek KIK dan persembahan kumpulan adalah MUKTAMAD.