Profil Juri

NORLAILA ABDULLAH @ HAIDE C. TORALLO
Pensyarah, UiTM Pahang

Mohon maaf, profil bagi juri tidak dapat dipaparkan buat masa ini.
Maklumat ini akan dikemaskini dan sila kembali pada masa hadapan.

 

TN. HAJI AZIZI JANTAN
Pustakawan Tingkatan Kanan, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam

Berpengalaman luas sebagai fasilitator KIK UiTM bagi Kategori ICT dan pernah menerima Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi UiTM) 2010. Beliau juga dilantik menjadi Panel Penilai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di peringkat UiTM dan Kebangsaan bermula tahun 2010.  Pelbagai pencapaian telah dikecapi oleh Tn. Haji Azizi  sepanjang penglibatannya dalam KIK antaranya menerima Anugerah Keseluruhan Inovasi Y.B Menteri Pengajian Tinggi 2009, empat (4) projek yang disertai beliau telah mencapai peringkat Kebangsaan manakala dua (2) projek telah terpilih untuk bertanding di peringkat Antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai Tn.Haji Azizi boleh didapati melalui profil penuh beliau di sini.

 

SUHAIHISAM MOHD SAUFI
Penolong Jurutera Kanan, Pejabat Pengurusan Fasiliti, UiTM Shah Alam

Berkhidmat dengan UiTM sejak tahun 2001 di Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dalam bidang mekanikal serta mempunyai kepakaran dalam bidang Air Conditioning System , Sistem Loji Kumbahan selama 15 tahun dan berkompetensi dalam bidang Indoor Air Quality Assesment dan Mold Remediation.

Penglibatan beliau dalam KIK bermula pada tahun 2011 sehingga sekarang di peringkat UiTM dan Kebangsaan. Beliau berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Anugerah Penjimatan Kos Terbaik di Mini Konvensyen KIK UiTM Zon Pantai Timur 2011, Anugerah Emas Konvensyen ICC Wilayah Timur 2011 ,Anugerah Emas Tiga Bintang di Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 ,Anugerah Emas Convention On Team Excellent Wilayah Pantai Timur 2013 dan yang terbaru ialah Anugerah Emas pada Konvensyen ICC Wilayah Timur 2014

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Matematik (UKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (ITM) dan Certificate IAQ Assessor Niosh

Maklumat lengkap mengenai pencapaian En. Suhaihisam boleh didapati di sini.

 

ENCIK DARUS KASIM
Pereka Grafik Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM Shah Alam

En. Darus Kasim mempunyai 29 tahun pengalaman dalam KMK dan KIK bermula dari tahun 1985 dan antara yang pertama mendapat pendedahan kepada konsep KIK di UiTM. Pengalaman dan kepakaran beliau membantu Kumpulan KMM Waja Unit Percetakan ITM memenangi pingat gangsa di Konvensyen KMK ke-2 di ITM seterusnya mewakili ITM dalam Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor pada tahun 1997. Bermula 2007 sehingga kini, beliau dilantik menjadi fasilitator, juri, hakim, penceramah, penasihat dan ahli jawatankuasa KMK-KIK ITM-UiTM dan pada tahun 2014, beliau telah dilantik menjadi Ketua Fasilitator KIK UiTM.

Profil penuh En. Darus Kasim boleh didapati di sini.