Kriteria Penilaian Projek KIK

Berikut adalah tujuh (7) kriteria yang telah ditetapkan untuk penilaian projek KIK:

1. Pengenalan

  • Latar belakang jabatan, kumpulan dan pemilihan kumpulan diterangkan.
  • Kumpulan menjelaskan bukti penyertaan dan perancangan projek yang berkesan.
 

2. Pemilihan dan Definisi Projek

  • Kumpulan menerangkan dengan jelas bagaimana dan mengapa projek dipilih.
  • Projek dan terminologi yang diguna didefinisikan dengan jelas dan diterangkan
  • Penetapan sasaran projek diterangkan dan justifikasinya adalah berasakan analisis yang sesuai atau data/maklumat penandaarasan.
 

3. Analisis Peluang Penambahbaikan

  • Peluang penambahbaikan dikenalpasti berasaskan data/maklumat yang dikumpul melalui pelbagai kaedah/alat yang sesuai.  
  • Analisis dan penilaian penyebab dilaksana untuk mengenalpasti penyebab sebenar menggunakan alat yang sesuai.  
  • Verifikasi dan validasi penyebab sebenar atau peluang penambahbaikan yang dipilih dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah. 
 

4. Cadangan Kreatif dan Inovatif serta Perlaksanaan

  • Kumpulan mengenalpasti pelbagai cadangan/ tindakan penyelesaian yang kreatif dan inovatif.
  • Kumpulan telah menilai kebaikan dan keburukan setiap cadangan/tindakan penyelesaian kreatif dan inovatif dengan teliti sebelum ianya dipilih. 
  • Kumpulan telah membanding antara cadangan/ tindakan penyelesaian yang dipilih dengan objektif projek yang ditetapkan. 
  • Kumpulan telah berjaya melaksanakan tindakan penyelesaian.  (Kesulitan/halangan dan penyelesaiannya dijelaskan, jika ada.)
 

5. Pematuhan dan Penyeragaman

  • Kumpulan telah melaksanakan kaedah pemantauan yang sesuai dan sistematik untuk memastikan tindakan pembetulan yang perlu.
  • Kumpulan melaksanakan susulan untuk membuat penambahbaikan dan disenggara.   
  • Langkah-langkah telah diambil untuk memastikan prosedur kerja baru telah didokumen serta disahkan untuk diterima pakai dan disebarkan.   
  • Tindakan telah dilaksanakan untuk memastikan prosedur kerja baru telah dipiawaikan dan disenggara.
 

6. Pencapaian dan Penciptaan Nilai

  • Penerangan mengenai jenis-jenis dan tahap pencapaian dan ciptaan nilai.   
  • Pencapaian sebenar dipadankan dengan sasaran projek (kos projek dijelaskan). Penyelesaian yang dipilih diiktiraf keunikannya di peringkat jabatan/industri negara dan antarabangsa. 
  • Impak pencapaian dan ciptaan nilai hasil dari projek terhadap persekitaran, masyarakat dan ahli kumpulan dinyatakan.   
  • Kumpulan memberi bukti mengenai verifikasi dan validasi pencapaian dan ciptaan nilai.   
 

7. Persembahan

  • Persembahan yang kemas, turutannya yang logikal dan menepati masa yang telah diperuntukkan.   
  • Persembahan yang jelas, penggunaan alat pandangan dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik.   
 
Jumlah Keseluruhan :  
Nota: Maklumat terperinci boleh dimuat turun di page koleksi.