Garis Panduan Persembahan Projek KIK

Persembahan Projek KIK
Kandungan persembahan perlu sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut:

  • Pengenalan
  • Pemilihan Projek dan Definisi
  • Analisis Peluang Penambahbaikan
  • Cadangan Kreatif & Inovatif dan Pelaksanaannya
  • Pemantauan dan Penyeragaman
  • Pencapaian dan Ciptaan Nilai

Nota: Kriteria penilaian persembahan projek KIK UiTM adalah menggunakan Judging Criteria For Innovative And Creative Circles (ICC) Revision 2006 MPC.  

Tempoh Persembahan
Setiap Kumpulan akan diperuntukkan masa seperti berikut :

  • 5 Minit Untuk Membuat Persiapan & Montaj
  • 20 Minit Persembahan
  • 5 Minit Untuk Soal-Jawab

Kemudahan Peralatan
Kemudahan peralatan yang akan disediakan oleh pihak Urusetia adalah seperti berikut:

  • Dua (2) unit komputer riba
  • Dua (2) unit projektor LCD
  • Empat (4) unit mikrofon
  • Dua (2) unit skrin layar putih

Nota : Lain-lain keperluan tambahan perlu disediakan oleh pihak peserta sekiranya pihak penganjur tidak dapat menyediakannya.

  • Peserta diminta untuk menjaga keselamatan peralatan sendiri yang dibawa. Urus setia membenarkan penggunaan komputer riba sendiri sepanjang Konvensyen berlangsung, tetapi tidak akan bertanggungjawab jika terdapat masalah teknikal dan kehilangan;
  • Bagi memudahkan persiapan dibuat, setiap kumpulan diminta untuk mengisi Borang Keperluan Peralatan dan mengemukakan borang yang telah dilengkapkan kepada pihak Urus setia melalui faksimili di talian 03-55442197.