Garis Panduan Penyediaan Laporan Projek KIK

Kandungan Laporan Projek KIK

  • Laporan projek hendaklah disediakan berpandukan Kriteria Penilaian Persembahan Projek KIK UiTM menggunakan Judging Criteria For Innovative And Creative Circles (ICC) Revision 2006 MPC.
  • Persembahan projek boleh disediakan menggunakan bahasa pengantar sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Penggunaan jenis tulisan dan rajah yang digunakan dalam laporan projek hendaklah jelas dan mudah dibaca serta difahami.

Dokumentasi Projek KIK

Laporan Projek Bercetak (Hard Copy)

  • Laporan perlu dicetak pada kertas bersaiz A4 berorientasi potrait.
  • Setiap muka surat perlu dicetak pada sebelah bahagian kertas sahaja.
  • Cetakan 2 slides mesti dimuatkan dalam satu muka surat  (maksimum 30 muka surat  untuk dimuat naik ke dalam borang penyertaan).
  • Sebanyak 4 salinan bercetak perlu disediakan dan diserahkan kepada pihak urusetia sebelum 26 September 2014.

Laporan Projek format digital (Soft Copy)

Setiap kumpulan dikehendaki:

  • Memuat naik salinan laporan projek KIK dalam format *.pdf (portable document format ) melalui aplikasi on-line yang disediakan bagi kegunaan panel juri untuk menilai (review & evaluate) selewat-lewatnya pada 19 September 2014.
  • Menyerahkan satu salinan laporan projek KIK dalam format Microsoft Powerpoint (*.ppt/*.pptx) di dalam bentuk CD.

Poster Projek KIK

  • Peserta dikehendaki menyediakan poster projek bersaiz 36 inci x 48 inci untuk dipamerkan semasa konvensyen berlangsung.
  • Salinan bercetak perlu disediakan oleh peserta dan diserahkan kepada urusetia selewat-lewatnya 26 september 2014.
  • Menyerahkan satu salinan poster projek KIK dalam format *.pdf (portable document format) di dalam bentuk CD dan emailkan ke  untuk dimuatkan dalam laman web rasmi konvensyen.

Tarikh Serahan

Tarikh serahan salinan dokumen adalah seperti dalam jadual berikut:

  • Pihak peserta hanya perlu sediakan satu unit CD yang mengandungi dokumentasi laporan, poster, dan bahan-bahan lain (seperti video, montaj, lampiran dll).
  • Setiap pencalonan hendaklah mengemukakan borang penyertaan yang dicetak daripada sistem beserta salinan laporan projek dan CD untuk kegunaan penganjur.