• Selamat Datang

    ke Laman Web Rasmi
    Mini Konvensyen KIK Zon Tengah 2014

    Laman web ini menyediakan informasi terkini kepada warga UiTM mengenai program Mini Konvensyen KIK 2014 Peringkat Zon Tengah yang dianjurkan oleh Pejabat Teknologi Maklumat. Antara Informasi penting yang disediakan merangkumi aturcara program, maklumat penyertaan, kategori hadiah, profile kumpulan KIK, galeri gambar dan video, aktiviti menarik dan lain-lain...

    Baca lagi
  • Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah

    29 & 30 September 2014
    Anjung Sri Budiman (Dewan Annex), UiTM

    Buat julung kalinya Pejabat Teknologi Maklumat (PTM) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 September 2014 bertempat di UiTM Shah Alam. Sejajar dengan tema bulan inovasi UiTM 2014 iaitu Islam Peneraju Inovasi & Transformasi...

    Baca lagi
  • 1
  • 2
  • LATAR BELAKANG KIK
  • OBJEKTIF KIK
  • FALSAFAH KIK
  • LOGO KIK
  • FAEDAH KIK
  • LIVE STREAMING

 

Inisiatif KIK bermula pada tahun 80an, di mana kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan kreativiti, reka cipta dan inovasi di tempat kerja. Justeru, kerajaan menyarankan penubuhan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. 

KMK bertujuan menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Untuk memberi fokus kepada KMK, kerajaan telah menukar namanya kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Konvensyen KIK menyediakan pentas untuk ahli-ahli KIK mengemukakan idea dan melaksanakan reka cipta di jabatan masing-masing. Penemuan yang berjaya akan dipertandingkan di peringkat pusat yang memberi peluang kepada setiap penemuan untuk dikongsi dengan agensi kerajaan yang lain. 

KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 dan membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja.  Mulai 2006 KIK telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf. KIK menumpukan kepada penyelesaian punca-punca untuk menyelesaikan masalah atau mencari peluang-peluang penambahbaikan kepada proses sedia ada atau/dan memperkenalkan proses, produk atau perkhidmatan yang baru dengan memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan jabatan secara kreatif dan inovatif.

KIK adalah sejajar dengan strategi pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan dayasaing mapan kearah merealisasi iltizam UiTM menjadi sebuah universiti bertaraf dunia menjelang 2020.

 

Objektif KIK adalah untuk menambahbaik, meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:-

  • Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi
  • Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja
  • Semangat bekerja secara berpasukan
  • Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif
  • Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja
  • Dorongan kerja yang tinggi
  • Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, UiTM dan negara
  • Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif
  • Pewujudan hubungan yang harmorni di antara pihak pengurusan dan pekerja

Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan KIK di UiTM

 

KIK merupakan satu mekanisme yang melibatkan staf dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan standard yang sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru berasaskan konsep-konsep berikut;

  • Konsep pengurusan secara kemanusiaan, iaitu pengurusan yang menekankan aspek modal insan merupakan aset terpenting di dalam sesebuah organisasi, Garis Panduan KIK UiTM 7/205
  • Konsep pengurusan secara penyertaan, iaitu setiap staf tidak kira kedudukannya dalam UiTM mampu dan diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada UiTM, dan
  • Konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan staf UiTM menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan.

Tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif menjurus kepada penghasilan berkualiti yang dapat dinikmati dengan ketara dan secara meluas serta memberi impak kepada sistem penyampaian perkhidmatan UiTM.

Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan KIK di UiTM

 

Logo ini mendokong prinsip bahawa KIK adalah salah satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan UiTM.

Dinamika gabungan huruf KIK menyerlahkan watak staf universiti (melalui penggunaan warna rasmi kuning, biru dan unggu) yang menjunjung dan menjulang kegemilangan melalui penghayatan dan amalan 5E, iaitu; efisyen, efektif, etika, ekonomik dan esprit decorps.

Pelancaran logo oleh Penolong Naib Canselor InQKA mewakili Naib Canselor pada 29 Ogos 2007. Logo dicipta oleh Encik Mohd Ridzuan Atan, Pembantu Penerbitan, PTAR

Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan KIK di UiTM

Kepada UiTM

  • Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru
  • Menjana kecemerlangan UiTM melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)
  • Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja
  • Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan
  • Memupuk kerjasama di kalangan warga UiTM
  • Meningkatkan daya saing UiTM
  • Membolehkan UiTM menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan
Kepada Perkhidmatan Awam

  • Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau penambahbaikan yang dihasilkan
  • Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders
  • Meningkatkan imej UiTM dan sektor awam
Kepada Staf

  • Meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah & membuat keputusan
  • Memupuk semangat kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan
  • Membimbing staf UiTM berfikiran kreatif dan inovatif untuk menghasilkan inovasi
  • Meningkatkan keupayaan mencipta atau memperkenalkan sistem baru dan penambahbaikan kerja
  • Menggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif
  • Memberi kepuasan dalam bekerja
  • Mengasah bakat kepimpinan di kalangan staf UiTM

Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan KIK di UiTM

Penting : Sila pastikan anda sudah memasang samada Video Media player atau VLC Player. URL: http://kiktengah.uitm.edu.my/software/vlc-2.1.3-win32.exe

Sila ke page ini sekiranya tiada paparan : KIK Live Streaming

 

 

  • Kategori Pertandingan

    Kategori Proses

    Kategori Proses adalah projek berkaitan dengan hal-hal pengurusan pentadbiran dan operasi dalam sesuatu organisasi. Skop utama projek dalam kategori proses merangkumi penyediaan dan pelaksanaan proses kerja baru atau penambahbaikan proses kerja sedia ada melalui kaedah tertentu seperti perekayasaan (business process reengineering).

    Baca lagi
  • Kategori Pertandingan

    Kategori Teknikal

    Kategori Teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama.

    Baca lagi
  • Kategori Pertandingan

    Kategori ICT

    Kategori ICT memfokuskan kepada inovasi yang dihasilkan berasaskan teknologi maklumat merangkumi bidang tertentu antaranya pembangunan sistem atau perisian komputer, sistem rangkaian (network) dan keselamatan ICT. Skop projek boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu pembangunan produk baru (new development) atau penambahbaikan (upgrade) kepada produk sedia ada.

    Baca lagi
  • Kategori Pertandingan

    Kategori Pengajaran & Pembelajaran

    Kategori Pengajaran & Pembelajaran melibatkan skop projek yang menekankan kepada pembangunan kaedah pengajaran, pembelajaran dan penilaian dalam sistem pendidikan universiti. Cadangan penyelesian masalah meliputi mekanisma seperti kaedah, pendekatan, teknik dan strategi yang diguna pakai dalam proses pengajaran & pembelajaran yang efektif dan berkesan.

    Baca lagi
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkenaan Konvensyen KIK Zon Tengah 2014 bolehlah berhubung terus kepada kami :-
havockik@gmail.com

Hubungi Kami

Twit Kami

@HavocKIK untuk ikuti twit terkini Penganjuran KIK Zon Tengah 2014
#havockik untuk memuat naik twit berkenaan KIK Zon Tengah 2014
#havockikquiz untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang dikemukakan

Twit Kami

Statistik Pelawat